16 September 1963 merupakan hari yang bersejarah bagi rakyat malaysia kerana 60 tahun yang lalu,Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk negara baharu bernama Malaysia. Pada tahun ini, tanggal 13 September 2023, sekolah kita telah menyambut Hari Malaysia dengan pelbagai persembahan. Selain pertandingan menghias kelas, tahun ini para pelajar diberi tugasan istimewa iaitu mereka bentuk baju peragaan untuk Hari Malaysia.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengetua dan dihiasi dengan kedatanganKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama kerabat baginda yang mencemar duli ke tanah Kuching. Para Teresian sempat bertemu dengan kerabat diraja Pahang setelah hampir 2 jam menunggu.
Syarahan yang penuh emosi menjadi pembuka bagi persembahan pagi yang cerah itu. Kemudian, sudah pasti terdapat tarian daripada penari kelab kebudayaan yang lembut lenggok badannya. Dimeriahkan lagi dengan nyanyian yang merdu dinyanyikan oleh pasukan koir sekolah dan juga persembahan seni pertahanan diri daripada ahli Taekwondo ITF.
Pada tahun ini, setiap kelas diberi tugasan untuk mereka bentuk fesyen baju peragaan sempena Hari Malaysia. Lihatlah hasil tangan kreatif para pelajar kita. Sungguh cantik bukan?
Love and Serve
Iris Sofea
4 Joy
Catatan Tambahan: Terdapat seorang murid kita, Alvina Angelie yang tular dengan bakat pemodelannya setelah video tiktok daripada akaun sekolah kita hampir mencecah 1 juta penonton. Klip pendek murid ini juga turut di muat naik oleh pelbagai akaun digital.
Pautan video tiktok rasmi sekolah:https://www.tiktok.com/@teresiankch_official/video/7279301494141193474?_t=8gif2pihmDK&_r=1