Tanggal 24 Mei 2024 merupakan hari guru, sekolah SMK St Teresa telah menyambut hari guru di Plaza sekolah.Tema hari guru pada tahun ini ialah “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani”. Secara umumnya, tema tersebut berkaitan dengan inisiatif pendidikan di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan guru yang mampu menjadi pemimpin dalam memanfaatkan teknologi digital dalam proses pembelajaran.

Tepat pada pukul 8.00 pagi, semua Guru, Staf Sokongan, Penolong-penolong Kanan dan Pengetua berarak ke tempat duduk dengan pakaian mereka yang bertemakan “Teresian Airlines”. Sebelum ke tempat duduk, mereka menerima hadiah yang diedarkan oleh pengawas-pengawas yang bertugas.

Apabila semua guru selesai menerima hadiah dan duduk ditempat masing-masing, namun bermulalah upacara rasmi. Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan “Ibu Pertiwiku” lalu diteruskan dengan bacaan ikrar guru yang diketuai oleh En. Alethea Beryl Purong anak Piang.
Seterusnya, bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Afiq bin Idris dan diiringi dengan bacaan prayer oleh Pn. Chan Leh Na. Selepas itu, ucapan daripada Ketua Pengawas diikuti dengan bacaan Perutusan Sambutan Hari Guru 2024 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh En. Zamahari Bin Jepon. Lalu diteruskan dengan ucapan oleh pengetua sekolah dan selepas itu pelancaran Hari Guru 2024 Peringkat Sekolah dengan pemotongan kek.
Ucapan daripada Ketua Pengawas
Ucapan daripada Ketua Pengawas
Bacaan Perutusan Sambutan Hari Guru 2024 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Ucapan daripada Pengetua Sekolah
Pelancaran Hari Guru 2024 Peringkat Sekolah
Guru-guru berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu “Kami Guru Malaysia” dan “Pendidik Bumi Kenyalang”. Sebelum berakhirnya perhimpunan rasmi, para guru dan murid-murid berdiri tegak untuk menyanyikan lagu sekolah iaitu “Proud to be Teresian”.
Selepas selesai upacara rasmi, murid-murid beratur pergi ke kelas masing-masing untuk berehat manakala para guru akan ke bilik guru untuk menikmati jamuan.

Selesai menjamu selera, upacara tidak rasmi pun bermula pada pukul 10.30 pagi. Upacara tidak rasmi dimulakan dengan persembahan Kumpulan Tarian Bollywood oleh kumpulan Kelab Kebudayaan.

Seterusnya persembahan mendeklamasi sajak yang berjudul “Dia Seorang Guru” oleh Puteri Elisya dari kelas 3 Love yang dinukil oleh Cikgu Nur Izzati Bt Abdul Patah.
Selain daripada tarian dan sajak, ada juga nyanyian berkumpulan oleh pengawas iaitu “Wake Me Up Before You Go Go”.
Bagi memeriahkan lagi majlis hari guru ini, guru dan staf sokongan telah bertanding di dalam Pertandingan Kumpulan Tarian yang terdiri daripada Ngajat, Melanau dan Bidayuh.
Kumpulan Iban
Kumpulan Melanau
Kumpulan Bidayuh
Terdapat juga nyanyian duet oleh Nur Farhadiana dari kelas 4 Peace dan Nadyne Fahirah binti Ahmad Nafrawi dari kelas 4 Love beserta lagunya iaitu ”Terlalu Istimewa” daripada Abidah Noor.
Selain daripada murid-murid sahaja yang menyanyi, sudah tentu para guru patut menyanyi juga. Permainan nyanyian di mana guru-guru akan bergilir-gilir untuk menyanyi.
Nyanyian duet kedua iaitu lagu yang berjudul “Yue Liang Dai Piau Wo De Xin” (The Moon Represent My Heart) oleh Sonia Sally Anak Johnny dari kelas 2 Love & Alexa Abigail dari kelas 2 Love.
Majlis tidak akan lengkap dengan persembahan dari kumpulan pancaragam sekolah iaitu “Forward March” dan “Strauss & Strauss”.
Sebelum mengakhiri majlis hari guru ini, hadiah telah disediakan bagi penyampaian hadiah bagi pertandingan Kumpulan Tarian Guru dan Staf Sokongan.
Tempat Pertama🥇 (Kumpulan Bidayuh)
Tempat Kedua🥈 (Kumpulan Melanau)
Tempat Ketiga🥉 (Kumpulan Iban)
Bagi menutup majlis ini, anugerah Best Dress bagi guru lelaki dan perempuan diadakan. Sebelum bermula majlis ini tadi, murid-murid telah diedarkan sekeping kertas di mana murid-murid perlu menulis nama guru yang mempunyai “The Best Dress” mengikut tema yang telah disediakan.
🏆Pemenang untuk “Best Dress” bagi guru lelaki dan perempuan🏆
“Guru adalah lilin yang membakar dirinya untuk menerangi jalan bagi orang lain.”
Love & Serve,
Nadyn Nadhirah,
4 Joy