Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan. Pada 2 Ogos 2023, semua murid, guru & staf SMK ST Teresa telah dijemput untuk meraikan Puan Elisza Binti Basria yang bakal meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini.    

Majlis telah dimulakan dengan perarakan Puan Elisza Binti Basria dari Bilik Guru ke pelamin diiringi oleh Pengetua, semua Penolong Kanan & ahli Persatuan Taekwondo. Majlis dimulakan dengan persembahan gimik oleh Persatuan Taekwondo SMK ST Teresa, pemakaian crown oleh Pengetua serta pemasangan selempang persaraan  & persembahan pembukaan majlis oleh Kelab Kebudayaan.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah serta sesi Doa & Prayer. Kemudian, Yang dihormati, Puan Disin Anak Nyaom, Pengetua SMK ST Teresa telah menyampaikan ucapan. Seterusnya, tayangan video tentang sejarah perkhidmatan Puan Elisza yang begitu menyentuh hati juga telah disediakan.

Di samping itu, Yang Diraikan, Puan Elisza Binti Basria telah dijemput untuk menyampaikan ucapan. Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan, Puan Disin Anak Nyaom (Pengetua SMK ST Teresa) Puan Cecilia Foo (PKHEM) & Encik Zahamari Bin Jepon (PKP) untuk mengiringi Yang diraikan, Puan Elisza Binti Basria bagi menyempurnakan acara memotong kek. 

Selain itu, terdapat juga persembahan yang telah disediakan oleh Persatuan Taekwondo SMK ST Teresa & persembahan nyanyian oleh kelas 5 Love.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah & sesi bergambar.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga Puan Elisza Binti Basria akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta ♥

Love & serve, 

Suhaila Safri,

4 Joy.