Sukan merupakan satu keutamaan bagi semua orang, tidak kira peringkat umur terutamana bagi para murid kerana aktiviti bersukan boleh bantu mencerdaskan minda bak kata pepatah “badan cergas, otak cerdas”. Oleh itu, pihak sekolah telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SMK ST Teresa pada 28 Oktober 2023.

Aktiviti ini telah dimulakan dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh Puan Chan Leh Na & para guru yang lain.

Seterusnya, inilah bahagian yang paling dinanti-nantikan oleh para murid pada hari tersebut ! Kejohanan Merentas Desa ini dimulakan dengan kategori perempuan C (Tingakatan 1-Tingkatan 2). Kemudian ditteruskan dengan kategori perempuan B (Tingkatan 3). Akhirnya ialah kategori perempuan A (Tingkatan 4-Tingkatan 5).

Disertakan di bawah ialah beberapa kepingan dan cebisan gambar yang diambil ketika para murid & guru kita sedang mengambil bahagian dalam Kejohanan Merentas Desa Smk ST Teresa 2023  ! 

                              ↓       ↓                                                                                                ↓    ↓

Setelah mencapai garisan penamat, Kejohanan Merentas Desa ditamatkan dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi penggambaran. Tahniah & syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Kain cindai bawa berjalan,

Buat mengibas nyamuk dan agas;

Rajin dan tabah dalam bersukan,

Minda cerdas jasmani cergas.

 

Love & Serve,                                         

Suhaila Safri,                                                         

4 Joy