Pada 22 September 2018, Smk St Teresa telah mengadakan program solat hajat di Masjid Majma’ Mall Baitulmal. Solat hajat tersebut diadakan untuk berdoa kepada Allah s.w.t. sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM yang akan berlangsung seminggu dan sebulan dari sekarang. Murid-murid SMK St Teresa dan ibu bapa serta para guru berkumpul di masjid Majma’ Mall pada pukul 8:30 pagi. Aktiviti membaca Yassin diadakan untuk memulakan majlis tersebut, diikutkan dengan bacaan doa. Seterusnya, mereka mendirikan solat Dhuha dan Hajat pada pagi itu.
Selepas solat selesai didirikan, pelajar mendengar sebuah ceramah motivasi yang disampaikan oleh seorang pensyarah. Ceramah tersebut berisi janganlah kita berputus asa sekiranya mendapat keputusan yang kurang memuaskan malah kita perlulah terus berusaha supaya mencapai kejayaan. Ya, memang benar keputusan yang baik dapat menjamin kita masa hadapan yang cerah namun ini semua bertanggung dengan daya usaha seseorang. Jikalau telah tekun berusaha sedaya usaha, kita hanya mampu bertawakal. Oleh itu, marilah kita semua mendoakan yang terbaik untuk pelajar-pelajar kami yang menduduki peperiksaan PT3 dan SPM !
Love and Serve,
Asfa Wardina