Pada 9 November yang lalu, sekolah kami telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2024.

Sebelum aktiviti bermula, murid-murid dan warga sekolah telah menyertai sesi senamrobik yang diketuai oleh Puan Chan Leh Na bersama beberapa orang guru dan murid.

Acara ini bermula tepat pada pukul 7:30 pagi. Laluan merentas desa yang ditetapkan mempunyai jarak sejauh 3 kilometer. Kategori pertama yang dilepaskan ialah pelajar Perempuan C (Tingkatan 1 & 2), diikuti oleh pelajar Perempuan B (Tingkatan 3), dan akhirnya pelajar Perempuan A (Tingkatan 4)

Pelbagai pihak terlibat untuk memastikan kelancaran acara serta keselamatan peserta. Ahli Kadet Polis bertugas mengawal lalu lintas di sepanjang laluan larian, manakala guru-guru sentiasa bersedia memberikan bantuan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Pihak polis turut hadir untuk memastikan keselamatan laluan, dan anggota PBSM bersiap siaga memberikan rawatan jika diperlukan.

Setelah semua peserta tiba di garisan penamat, acara ini diakhiri dengan penyampaian pingat kepada para pemenang. Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada peserta dan para tetamu yang bertuah dalam cabutan bertuah.

Di bukit tinggi, di lembah hijau,
Larian menambah semangat waja,
Kejohanan merentas desa terjauh,
Pasti selesai dengan penuh gaya.

Love and Serve,
Azwa Aleesha,
4 Hope.