Program Shell Selamat Sampai merupakan sebuah program yang telah dilancarkan oleh pihak Shell untuk memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada remaja.
Pada tanggal 12 Ogos 2024,Smk St Teresa telah mejadi salah satu sekolah pilihan pihak Shell bagi Program Shell Selamat Sampai.
Program dimulakan dengan ketibaan Puan Siti Hurrairah Sulaiman,Pengerusi Shell Malaysia yang diiringi Pengetua Smk St Teresa,Puan Disin.Sedikit fakta menarik tentang Puan Siti Hurrairah ialah beliau juga merupakan bekas pelajar Smk St Teresa!!

Puan Disin bersama Puan Siti Hurrairah
Pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4 telah mengambil bahagian dalam program tersebut.Antara aktiviti yang telah diadakan ialah ceramah dan kuiz tentang keselamatan jalan raya.Walau bagaimanapun aktiviti kemuncak yang paling dinanti-nantikan oleh semua pelajar ialah permainan bingo di mana pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan diberi kertas untuk menulis nombor dan gambar tentang keselamatan di jalan raya berdasarkan nombor-nombor tersebut.Pemenang permainan bingo tersebut berpeluang memenangi “Mini Cooper Toy Car Puzzle” atau “Race car powered by salt water”.




Pelajar-Pelajar Smk St Teresa melihat lori tangki minyak Shell
Selain itu,pelajar-pelajar Smk St Teresa juga berpeluang untuk melihat lori tangki minyak shell secara dekat dan mengetahui tentang bahaya jika kita berada di titik buta sesebuah kenderaan.Akhir sekali,sagu hati telah disampaikan kepada wakil-wakil pihak Shell sebagai tanda terima kasih.



Penyerahan cenderamata kepada pihak Shell sebagai tanda penghargaan.
Diharapkan program ini dapat menambah pengetahuan pelajar tentang keselamatan jalan raya!!
Amare Et Servire,
Samantha Athia (4 joy)